Lagi seminggu je. Hmph
Isnin physics chemistry paper 3. Selasa agama paper 1 paper 2. Rabu sejarah paper 3. Khamis pulang buku teks. Jumaat last sekolah last jumpa tasya nana mar acap budak kelas budak dorm cikgu hassanal cikgu fahim warga septechs semua. Sedih *lap air mata*
Kenapa cepat sangat masa berlalu? Aku rasa macam baru isnin lepas aku daftar masuk septechs. Duduk kat dewan tunggu giliran nak bagi document dkt mpp. Tunggu giliran nak dpt kelas and nombor dorm. Tunggu giliran nak bayar yuran asrama sekolah semua. Tunggu giliran nak dapat tahu masuk rumah sukan apa. 
Rasa macam isnin lepas baru masuk dorm. Cari katil atas. Rasa macam isnin lepas baru masuk kelas. 4PD3. Mula mula dulu lah. Nana tolong amek kan kerusi. Lepastu budak kelas ajak berkenalan. Malu malu. Budak baru lah katakan. Freshie gitu. Amboi
Rasa macam baru isnin lepas aku menangis sebab homesick. Dkt dorm atas katil sebelum tidur nangis. Dkt kelas nangis. Dkt dm nangis. Setiap kali pergi public phone nangis. Masa tengah mandi acah acah duduk bawak shower nangis. Kononnya dlm filem hindustan menangis tgh hujan lahtu. Eh
Rasa macam isnin lepas baru lepas orientasi. Main game dgn prs semua. Jadi duit syiling. Aspuri 50 sen. Aspura 20 sen. Kena cukupkan RM 1.20. Aku ingat semua tu. Siapa tahh budak kumpulan aku. Ha yg tu aku tak ingat. Sebab majoriti aspura. Aku mana pernah heran pasal aspura kat sekolah aku dulu. Dulu lah. Aspuri pun aku tak heran sgt. Memang tak heran langsung lah pasal septechs. Yang aku tahu, aku nak bla from septechs. Amek borang pindah kat office. Isi borang last last mak tak nak sign. Menangis tak berlagu ohhhhh~ Ehem ada lagi borang tu kat aku. Ada.
Tahun depan dah spm. Kejap je. Takut ada. Tak sabar pun ada. Tak nak pun ada. Semua pun ada. Aku target 6A's and above. Tak dapat semua A+, A solid pun jadilah. Amin :')
Gonna enjoy this whole week like it's my last week of school for the rest of my life. Booyahhhh :*
