22.2.13

This two weeks? Har har

So hi people *waving* Dah makan? Sihat? Dah mandi? Dah solat?

Tak tahu kenapa tapi aku rasa macam dah lama sangat tak balik padahal tak sampai dua minggu pun aku kat septechs sebab last two weeks balik hostel pun hari khamis.. Rasa macam over pulak. But then so many things happened within this 9 days in hostel. Banyak sangat. Sampai aku lupa. Jap nak imbas kembali....

Oh yes. Friendly softball sampai 2 kali. First kat Kajang and the second one which is yesterday dekat Rembau and jujur dari lubuk hati aku yang terdalam aku cakap aku macam tak enjoy sgt pun sebab this two game aku tak main langsung. LANGSUNG. Sumpah rasa sia sia je pergi. Lantak pi malas nak amek port har har.

And the second one last friday sampai sunday we had a camp with ustaz Al-Kautsar. Okay ini sumpah best sangat sangat. Dia punya psycho memang kawkaw la aku cakap. So many things we did. So many things we gained from this camp. And kem ni buat kita sedar diri. Err bukan nak cakap selama ni tak sedar diri but hm err how to say ahh hm.. Ok

Bila dah lawak, memang gelak gila babeng ah sampai pecah perut. But when it turns to the sad mode, sumpah aku cakap, gangster mana pun kau, kental mana pun kau, sado mana pun kau, rempit mana pun kau, mesti meleleh punya la. Tak meleleh pun mata mesti berair. Serious talk. Sampai time tulis wasiat tu tak boleh bla. Tak payah nak amek feel. Dah macam macam benda keluar dari otak aku. Tinggal nak tulis je. Dengan titisan titisan air mata yg jatuh kat kertas tu lagi. Ya allah aku tak boleh bayangkan kalau surat tu sampai kat rumah aku one day. And time tu aku dah ada kat...... You get what i mean. And the moment bila kena listkan semua dosa yg pernah kita buat. Aku sedar dosa aku banyak. Sangat banyak. Sampai aku sendiri lupa dosa dosa aku masa kecik dulu semua. Malunya aku dekat Allah. Sangat malu :'(

Best thing bila ustaz ugut kiteorg dengan perkataan "mandul" dia tu. Serious ajaib perkataan tu. Siapa bercakap masa berjalan mandul. Siapa tak buat apa dia suruh mandul. Siapa kalah lumba makan gula gula susah nak beranak. Siapa kalah time lumba nak bangun susah nak meneran time bersalin. Siapa buat tak serentak time buat tepukan tak dapat anak. Semua benda dia kaitkan dengan anak. Tu yang aspuri semua bagus bagus belaka. Takut mandul punya pasal. Benda semua orang nak anak kan. Ehem ehem.

Benda kalau nak cerita kt sini memang patah jari kuku aku semua nak menaip so all the memories we had we better keep it to ourself. Benda semua budak septechs rasa kan benda ni. Including aspura which is on next week. Dapat pengalaman solat dekat dataran. Nyanyi ramai ramai. Warm up dalam ruang belajar ramai ramai. Pengalaman sekali seumur hidup kot. Ustaz Al-Kautsar is awesome. Till here then. Will be more in next post. Assalamualaikum :)